Terbuka India 2026: Soon Huat-Shevon lolos ke suku akhir

Facebook
WhatsApp
GOH Soon Huat–Shevon Lai Jemie mara ke suku akhir Terbuka India 2026 selepas menewaskan pasangan Thailand di New Delhi.

KUALA LUMPUR: Gandingan beregu campuran negara Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2026 selepas menewaskan wakil Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, hari ini.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi, pasangan pilihan kelapan itu bangkit selepas tewas 17-21 pada set pertama sebelum meraih kemenangan 21-15, 21-6 dalam tempoh 52 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan Soon Huat-Shevon dijadual bertemu pasangan pilihan utama dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada  suku akhir.

Terdahulu, pasangan China itu menyingkirkan beregu campuran profesional negara Jimmy Wong–Lai Pei Jing 18-21, 21-17, 21-10. – Bernama

Nova tinggalkan BAM, kembali ke Indonesia

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto akan menamatkan perkhidmatannya dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) penghujung bulan ini dan