Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Denmark: Zii Jia mara ke suku akhir tanpa berpeluh  
  • SUKAN

Terbuka Denmark: Zii Jia mara ke suku akhir tanpa berpeluh  

Utusan Sarawak 2 years ago
MENURUT BWF, pilihan utama Viktor Axelsen menarik diri daripada Terbuka Denmark 2023 kerana kecederaan pada kaki kirinya. Lawannya di pusingan 16, Lee Zii Jia mara ke suku akhir.

KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memperoleh tuah apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Denmark, tanpa bertanding, hari ini.

Ia selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi satu kenyataan ringkas memaklumkan lawannya, Viktor Axelsen terpaksa menarik diri susulan kecederaan di kaki kirinya. 

“Pilihan utama Viktor Axelsen menarik diri daripada Terbuka Denmark 2023 kerana kecederaan pada kaki kirinya. Lawannya di pusingan 16, Lee Zii Jia mara ke suku akhir,” menurut BWF.

Dalam pada itu, Axelsen, yang juga pemain nombor satu dunia, menerusi kenyataan sama, memaklumkan kekecewaannya tidak dapat beraksi di hadapan penontonnya sendiri.

“Adalah tidak selamat bagi saya untuk bermain. Saya berharap untuk memulakan rehabilitasi dengan segera dan berkesan supaya dapat kembali ke gelanggang secepat mungkin,” katanya.

Menanti Zii Jia pada suku akhir esok ialah pemain Jepun, Kenta Nishimoto, yang menyingkirkan pemain Taiwan, Chou Tien Chen 10-21, 21-19, 21-14 pada pusingan kedua, malam ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kalah tujuh aksi tanpa tewas buka mata Harimau Malaya
Next: Aksi Malaysia, Kyrgyzstan tetap di Bukit Jalil – FAM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.