Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tentera Malaysia-Indonesia lancar operasi bersama di Ba’kelalan
  • TEMPATAN

Tentera Malaysia-Indonesia lancar operasi bersama di Ba’kelalan

Utusan Sarawak 6 months ago

Tentera Darat Malaysia. Gambar fail

LIMBANG: Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Nasional Indonesia –Angkatan Darat (TNI–AD) hari ini melancarkan operasi bersama bagi menjaga keselamatan dan keamanan sempadan kedua-dua negara di kawasan Ba’kelalan dekat sini menerusi Patroli Terkoordinasi (PATKOR) Siri 2/2024.

Dalam satu kenyataan, Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) memaklumkan upacara perbarisan pembukaan operasi berkenaan berlangsung di Pos Gabungan Bersama (GABMA) Long Midang, Indonesia, yang disempurnakan oleh Kepala Staf Korem (Kasrem) 092/Maharajalila Kol Infantri Darwis Efendi serta Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Sempadan (10 RS) Lt Kol Ismanizam Ismail.

Turut hadir menyaksikan perbarisan itu ialah Panglima 9 Briged Brig Jen Ahmad Norzaini Badrun.

Operasi PATKOR Siri 2/2024 yang melibatkan TDM diwakili oleh 10 RS manakala TNI–AD diwakili oleh Batalion Zeni Tempur 8/Sakti Mandraguna (Yonzipur 8/SMG) yang akan berlangsung selama enam hari bermula 9 hingga 14 Nov ini.

Operasi ini merupakan satu daripada usaha di bawah kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia dikenali sebagai MALINDO yang dianjurkan oleh agensi Tim Perancang Operasi Darat (TPOD) dan Coordinated Operation Control Committee (COCC).

Kenyataan itu menyebut anggota 10 RS dan Yonzipur 8/SMG yang terdiri daripada dua pegawai dan 32 anggota lain-lain pangkat akan melaksanakan rondaan bersama merangkumi 40 unit Batu Sempadan di sepanjang sempadan Malaysia–Indonesia bertujuan membanteras aktiviti lintas batas yang berpotensi mengancam keselamatan dan kedaulatan kedua-dua negara.

“Operasi ini juga bertujuan meningkatkan hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Indonesia dalam aspek keselamatan dan pertahanan,” menurut kenyataan itu.

Aktiviti dua hala ini juga sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 yang bertujuan memperkukuh lagi hubungan diplomasi pertahanan antara TDM dengan TNI–AD.

“Pelaksanaan operasi tahunan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara serta meningkatkan kesiapsiagaan pasukan di sempadan,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Fadillah minta komuniti terima dana SejaTi MADANI laksana program dengan baik
Next: TPM Fadillah akan kemuka cadangan jadikan Deepavali cuti umum di Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.