Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tentera Korea Selatan memeriksa dua insiden kesilapan juruterbang
  • GLOBAL
  • TEMPATAN

Tentera Korea Selatan memeriksa dua insiden kesilapan juruterbang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PEGAWAI memeriksa kawasan dengan bangunan yang rosak selepas Tentera Udara Korea Selatan berkata bahawa bom Mk82 jatuh dari jet KF-16 di luar sasar tembak semasa latihan tembak langsung bersama berhampiran zon demiliterisasi yang memisahkan dua Korea di Pocheon, Korea Selatan, pada 6 Mac 2025.

SEOUL: Tentera Korea Selatan akan melakukan pemeriksaan ke atas Tentera Udara berkaitan disiplin operasi dan kesiapsiagaannya minggu ini, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) pada Selasa.

Langkah itu diambil susulan insiden pengeboman tidak sengaja di kawasan awam dan pelepasan pod senjata dari pesawat akibat kesilapan juruterbang, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pemeriksaan akan bermula lewat hari ini (Selasa), menurut JCS dalam satu notis kepada wartawan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Seorang pegawai JCS berkata pemeriksaan terhadap skuadron pejuang Tentera Udara dijadualkan berlangsung sehingga Jumaat dan mungkin dilanjutkan sekiranya perlu.

Ia susulan beberapa siri insiden melibatkan aset Tentera Udara pada Mac dan April yang menimbulkan kebimbangan terhadap kelonggaran disiplin dalam angkatan itu.

Pada 6 Mac, dua jet pejuang KF-16 secara tidak sengaja menggugurkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, semasa latihan menembak langsung, mengakibatkan 52 orang cedera, termasuk 38 orang awam.

Awal bulan ini pula, sebuah pesawat serangan ringan KA-1 yang mengambil bahagian dalam latihan di Pyeongchang, kira-kira 125 kilometer di timur Seoul secara tidak sengaja menjatuhkan dua pod senjata dan tangki bahan api kosong. Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan dalam insiden itu.

Tentera Udara memaklumkan kesilapan juruterbang menjadi punca kedua-dua insiden berkenaan dan memohon maaf kepada orang ramai atas kebimbangan yang timbul, serta berjanji untuk mengambil langkah praktikal bagi mencegah kejadian serupa pada masa hadapan. — Bernama-YONHAP

Continue Reading

Previous: Amazon lancar satelit pertama
Next: Highway cuts off landowner’s access, Wilfred Yap seeks urgent solution

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.