Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tentera Darat perketat kawalan sempadan, kekang aktiviti penyeludupan menjelang Aidiladha
  • NASIONAL

Tentera Darat perketat kawalan sempadan, kekang aktiviti penyeludupan menjelang Aidiladha

Utusan Sarawak 2 hours ago
TENTERA Darat perketat kawalan sempadan, kekang aktiviti penyeludupan menjelang Aidiladha. Foto hiasan.

PUTRAJAYA: Tentera Darat Malaysia (TDM) memperketat kawalan sempadan negara bagi mengekang sebarang aktiviti penyeludupan atau jenayah rentas sempadan menjelang Aidiladha pada bulan ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Azhan Md Othman berkata, TDM sentiasa bersiap siaga sepanjang masa bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan sempadan negara terus terpelihara.

“Kawalan akan kita perketat lagi terutamanya yang melibatkan sempadan di utara, iaitu sempadan (Malaysia) dan juga Thailand.

“Kalau kita lihat, waktu nak dekat hari raya banyak aktiviti yang melanggar peraturan berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Army Run 2026 bersempena dengan sambutan Hari Tentera Darat Ke-93, di sini hari ini.

Azhan berkata, operasi sedia ada di sempadan negara juga terus dilaksanakan bagi memastikan tiada sebarang ketirisan berlaku di sempadan negara. 

Sebelum ini, Azhan berkata TDM akan terus memperkukuh kehadiran anggota serta aset pasukan itu di sepanjang perbatasan bagi memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara dan terkawal.

Beliau berkata, usaha itu dilaksanakan dengan sokongan teknologi terkini termasuk penggunaan dron, motosikal scrambler, kenderaan lasak pelbagai guna (ATV) serta peralatan optronik.

Media sebelum ini melaporkan, TDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 20 ekor lembu dari Thailand yang dianggarkan bernilai RM225,000 dalam satu operasi di sempadan pada 4 Mei lepas.

Mengenai Army Run 2026, Azhan berkata, acara berkenaan menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan 6,000 peserta terdiri daripada warga Angkatan Tentera Malaysia, agensi kerajaan, sektor swasta, atlet amatur serta masyarakat umum dari seluruh negara.

“Insya-Allah kita akan laksanakan acara ini pada tahun akan datang,” katanya.

Dalam satu kenyataan TDM memaklumkan, penganjuran pertama acara Army Run 2026 itu mencerminkan perpaduan erat antara warga Tentera Darat dan masyarakat awam, selaras dengan penghayatan prinsip menyeluruh kerajaan dan pendekatan segenap masyarakat dalam memperkukuh kerjasama demi kepentingan negara.

“Selain mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif, program ini turut menjadi platform bagi merapatkan hubungan antara TDM dan rakyat melalui penglibatan komuniti dalam suasana yang selamat, tersusun dan penuh semangat patriotisme,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Hari Ibu: Cabaran, pengorbanan ibu bekerja imbangi kerjaya dan keluarga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.