Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Tengku Zafrul beri keterangan bicara kes rasuah Muhyiddin
  • MAHKAMAH

Tengku Zafrul beri keterangan bicara kes rasuah Muhyiddin

Utusan Sarawak 7 hours ago
BEKAS Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi. Tengku Zafrul, 53, yang merupakan saksi pendakwaan ke-11 tiba di kompleks mahkamah pada 8.30 pagi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi di sini.

Tengku Zafrul, 53, yang merupakan saksi pendakwaan ke-11 tiba di kompleks mahkamah pada 8.30 pagi.

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri itu memberi keterangan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.

Muhyiddin, 78, yang ketika kejadian memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.- Bernama

Continue Reading

Previous: Wanita OKU pendengaran didakwa bunuh ibu kandung di Sibu
Next: Tengku Zafrul sahkan Muhyiddin keluar surat cadangan lantik 54 kontraktor Jana Wibawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.