Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tegas terus sokong agenda ekonomi Sarawak
  • TEMPATAN

Tegas terus sokong agenda ekonomi Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Datuk Len Talif Salleh dan isteri serta kenamaan lain merakam kenangan semasa menghadiri majlis Tegas Riang Ria Aidilfitri di Kampung Digital Tegas, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (Tegas) terus memainkan peranan penting dalam menyokong agenda ekonomi digital Sarawak selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata beliau merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik yang telah menyokong usaha Tegas selama ini.

“Tegas sudah 13 tahun ditubuhkan dan pelbagai program telah dijalankan.

“Lebih 400,000 orang telah mendapat manfaat melalui pendedahan dalam program-program seperti SCat Fair, ProDR dan banyak lagi di seluruh Sarawak,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis Tegas Riang Ria Aidilfitri di Kampung Digital Tegas, hari ini.

Mengulas isu semasa berkaitan tarif yang menjadi perbincangan umum, Len Talif berkata pihaknya sedang membuat penilaian menyeluruh mengenai kesannya terhadap syarikat pemula, khususnya dalam bidang digital.

“Saya tidak boleh komen lebih kerana penilaian sedang dijalankan oleh kerajaan negeri dan persekutuan.

“Apa yang penting ialah bagaimana kita boleh mengurangkan kesan tersebut,” katanya.

Beliau menambah, Tegas tidak terjejas secara langsung kerana fungsinya lebih kepada latihan dan pendedahan, bukannya berkonsepkan perdagangan.

“Tegas akan terus menyokong startup digital dan akan menyesuaikan program berdasarkan penilaian terkini kerajaan,” katanya.

TEMU BUAL… Datuk Len Talif Salleh ditemu bual media semasa ditemui pada majlis Tegas Riang Ria Aidilfitri di Kampung Digital Tegas, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik pembukaan jambatan baharu di Sarawak yang disifatkan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang dan ADUN Krian Friday Belik. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Golongan bujang manfaatkan STR, hargai bantuan kerajaan
Next: TYT serikan Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.