Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Team Vamos intai kejuaraan musim ke-15
  • SUKAN

Team Vamos intai kejuaraan musim ke-15

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PASUKAN Vamos bergambar ketika sesi temu bual pada sidang media Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Season 15 Open Day di Stadium Juara Bukit Kiara hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Team Vamos menyasarkan untuk merangkul kejuaraan dalam Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-15 yang bermula Sabtu ini.

Jurulatih Team Vamos Paolo Lobaton, atau lebih dikenali sebagai Paowee, berkata pasukan itu telah melalui persiapan rapi dengan harapan untuk melangkah lebih jauh musim ini selepas berjaya menduduki tempat naib juara musim lepas susulan tewas kepada Selangor Red Giants (SRG.OG) dalam aksi grand final.

“Persediaan berjalan lancar dan kami juga mencuba semua watak semasa sesi latihan.

“Kami tahu ia bukan satu tugas yang mudah kerana kami perlu berdepan SRG.OG dan pasukan kuat yang lain, jadi kami perlu bersedia sepenuhnya,” katanya kepada Bernama hari ini.

PASUKAN Selangor Red Giants bergambar ketika sesi temu bual pada sidang media Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Season 15 Open Day di Stadium Juara Bukit Kiara hari ini.

Mengenai perlawanan pembukaan musim ini menentang SRG.OG, Paowee berkata juara bertahan itu mempunyai kelebihan apabila mengekalkan barisan yang sama daripada musim lepas.

Bagaimanapun, beliau tetap optimis pasukannya mampu meraih kemenangan sekali gus memberi suntikan semangat bagi meneruskan baki kejohanan.

“Saya percaya kami mempunyai peluang untuk menang menentang SRG.OG Sabtu ini. Perkara utama adalah fokus pada diri kami sendiri.

“Pemain tidak sepatutnya meletakkan tekanan yang terlalu tinggi pada diri mereka sendiri,” katanya.

Musim ini, Team Vamos akan diwakili Aleiff Adam Md Ariff (Smooth) yang beraksi sebagai EXP laner; Adriansyah Baihaqi Lesmana (Claw Kun) membawa peranan mid laner; Muhammad Nazhan Mohd Nor (Chibi) dan Danish Tahqif Abdullah (Error 404) sebagai junglers manakala Kenneth Sablande Barro (Nets) dan Muhammad Hazril Haziq Khairol (Haxzz) muncul gold laner pasukan.

Turut sebahagian daripada pasukan itu ialah Mohammad Zul Hisham Mohd Noor (Xorn) yang akan menjalankan tugas sebagai roamer. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Datin Anita Azrina dilantik Pengerusi SIC
Next: Man United masih mampu tebis kehampaan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.