Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • TDM sekali lagi usir PATI daripada masuk Sarawak melalui jalan tikus
  • JENAYAH

TDM sekali lagi usir PATI daripada masuk Sarawak melalui jalan tikus

Utusan Sarawak 8 months ago

USIR... Enam pendatang tanpa izin yang cuba memasuki negara secara haram melalui Sektor Pos GABMA Biawak, hari ini. 

LUNDU: Tentera Darat Malaysia (TDM) sekali lagi berjaya mengusir enam pendatang tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara secara haram melalui sektor Pos Gabungan Bersama (GABMA) Biawak, hari ini.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya, Markas Satu Divisyen (1 Div) berkata keenam-enam PATI tersebut diusir keluar pada 1 petang selepas ditahan berdekatan lorong tikus yang terletak kira-kira 230 meter dari sempadan Indonesia.

“Operasi penahanan dilakukan oleh pasukan rondaan gabungan TDM dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD).

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa kesemua PATI yang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu sedang dalam perjalanan untuk mencari pekerjaan di Malaysia. 

“Tiada barang terlarang atau berbahaya ditemui, namun barangan peribadi seperti wang tunai, telefon bimbit, dan beg pakaian bernilai kira-kira RM4,036 telah diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, selepas proses dokumentasi dan pemeriksaan, kesemua PATI tersebut telah diusir kembali ke sempadan negara asal.

Satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Lundu untuk memastikan proses pengusiran dilakukan mengikut peraturan ditetapkan.

Sementara itu, Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis, merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota yang terlibat dalam operasi tersebut. 

Katanya, sejak Januari hingga kini, sebanyak 25 operasi pengusiran telah direkodkan melibatkan seramai 178 orang PATI.

TDM menegaskan akan terus komited dalam memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia bagi memelihara kedaulatan negara daripada sebarang pencerobohan, penyeludupan, dan jenayah rentas sempadan.

Continue Reading

Previous: Polis siasat, pantau aktiviti GISB di Sarawak
Next: ‘Counter setting’: Dua pegawai Imigresen ditahan termasuk dalang utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.