Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TDM gagalkan cubaan enam PATI lolos sempadan
  • TEMPATAN

TDM gagalkan cubaan enam PATI lolos sempadan

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Enam PATI warga Indonesia ditahan selepas diperiksa.

KUCHING: Empat lelaki dan dua wanita ditahan ketika cuba menyeberangan sempadan negara melalui laluan yang tidak sah, Sabtu lalu.

Menurut jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen, keenam-enam suspek yang ditahan itu dipercayai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia.

“Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged) oleh Pasukan Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) pada 15 Ogos 2020 jam 4.30 petang.

“Pada masa itu, sepasukan anggota 10 RRD sedang menjalankan rondaan keselamatan di Kawasan Ladang Kelapa Sawit Tetangga Akrab pada jarak 5.2 Kilometer (KM) dari sempadan Malaysia/Indonesia telah ternampak empat lelaki dan dua wanita kawasan tersebut menaiki tiga buah motosikal menuju ke sempadan.

“Setelah ditahan dan diperiksa, kesemua warga Indonesia tersebut tidak mempunyai Pas Lintas Batas dan ingin pulang ke Indonesia melalui laluan yang tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata insiden penahanan berkenaan telah dilaporkan kepada Pegawai Memerintah 10 RRD, Leftenen Kolonel Rashidi Ghazali sebelum kesemua mereka termasuk barangan seperti motosikal, sekampit beras 30 kg dan telefon bimbit, yang dianggarkan bernilai RM 14,550.00 dibawa ke Balai Polis Serian untuk tindakan selanjutnya.

“Dua kes cubaan keluar ke sempadan melalui jalan tikus di lokasi yang sama dalam minggu ini menunjukkan kawasan Ladang Kelapa Sawit Tetangga Akrab ini dijadikan laluan pilihan kepada PATI.

“Namun, hasil kerjasama pihak pengurusan ladang dan warga tempatan yang memberi maklumat, pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mengekang jenayah rentas sempadan di kawasan terbabit,” katanya.

Continue Reading

Previous: RM2 juta untuk tapak baharu perkuburan Islam
Next: Abang Jo terima kunjungan rombongan Politeknik Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.