TBS serah bantuan kepada asnaf, pelajar, pusat tahfiz

Facebook
WhatsApp
SERAH SUMBANGAN… Junidi Lamat melakukan simbolik penyerahan sumbangan kepada asnaf di Lawas.

LAWAS: Tabung Baitulmal Sarawak(TBS) di Pejabat Perhubungan Lawas telah mengadakan majlis Iftar Bersama Asnaf dan Penyerahan Bantuan Wang Aidilfitri, Wang Fidyah serta Pakej Kasih Ramadan kepada asnaf di Restoran Bonda petang semalam.

PAKAIAN AL BAIT… Sebahagian asnaf kelihatan memilih pakaian yang masih baik menerusi sumbangan orang ramai melalui TBS.

Majlis tersebut juga diserikan dengan pelancaran Projek Infak Baju Raya Al Bait anjuran Yayasan Kepimpinan Al Bait dengan kerjasama TBS.

Ketua Bahagian TBS Limbang Junidi Lamat telah menyerahkan bantuan kewangan berjumlah RM149,305.500 kepada 144 penerima bantuan terdiri daripada asnaf di bawah jagaan TBS, pelajar tahfiz serta pusat tahfiz.

IFTAR TBS… Asnaf diraikan pada majlis iftar di sebuah restoran bersebelahan Pejabat Perhubungan TBS Lawas.

Setakat Februari tahun ini, TBS telah mengagihkan sejumlah RM13.26 juta kepada asnaf yang layak melalui empat program utama iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah.
Oleh Adeng Edrus