Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TBS sasar kutipan zakat RM145 juta tahun ini
  • TEMPATAN

TBS sasar kutipan zakat RM145 juta tahun ini

Utusan Sarawak 6 months ago

Abang Mohd Shibli (tengah) menerima penyerahan zakat perniagaan oleh Kumpulan FGV Holdings Berhad berjumlah RM218,250.

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjaya mengutip zakat sebanyak RM106 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, kutipan ini adalah bayaran zakat fitrah dan zakat harta 

Katanya, sumbangan paling terbesar terhadap zakat ini adalah daripada potongan gaji, iaitu 57 peratus.

“Pada 2023, kita merekodkan jumlah keseluruhan kutipan zakat sebanyak RM141 juta.

“Pada tahun ini, TBS menyasarkan peningkatan empat peratus kenaikan kutipan zakat dengan jumlah sasaran keseluruhan RM145 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan agihan bantuan TBS di sini hari ini.

Abang Mohd Shibli berkata hasil kutipan zakat di negeri ini dapat dilihat peningkatan pada setiap tahun

“Alhamdulillah peningkatan yang kita dapat lihat pada tahun ini meningkat pada tiga hingga empat peratus berbanding tahun lepas,” katanya.

Pada majlis itu, pihak TBS telah menerima penyerahan zakat perniagaan oleh Kumpulan FGV Holdings Berhad berjumlah RM218,250.

Beliau turut menyerahkan agihan bantuan kepada 28 orang asnaf melalui dua program utama TBS iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah.

Untuk rekod, sejumlah RM44,945 telah diagihkan kepada golongan asnaf hari ini.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: Sarawak mahu wujud pusat kecemerlangan kanak-kanak
Next: Orang ramai boleh guna jambatan Muara Lassa di Daro Januari 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.