Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Filipina
  • GLOBAL

Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Filipina

Utusan Sarawak 7 months ago

Muatan kanvas tarpal sedang dimuatkan ke dalam helikopter EC 725 AP milik TUDM untuk dihantar ke Legazpi City di wilayah Bicol, Filipina yang terjejas akibat Taufan Kristine. - Foto ihsan TUDM

LABUAN: Helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan meneruskan hari kedua misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke Legazpi City di wilayah Bicol, Filipina yang terjejas akibat Taufan Kristine.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan misi itu membabitkan penerbangan membawa 1.3 tan kanvas tarpal untuk khemah sementara, dari Pangkalan Udara Villamor di Bandar Pasay ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.

Menurut kenyataan itu misi berjalan lancar pada sebelah pagi berikutan cuaca baik, namun jarak penglihatan kemudian terjejas akibat jerebu dan angin kencang yang turut menjejaskan penerbangan. 

“Walaupun berdepan cabaran tersebut, kemahiran dan pengalaman kru EC 725 AP membolehkan misi diselesaikan dengan jayanya,” menurut kenyataan itu. 

TUDM memaklumkan penerbangan dikendalikan oleh Mejar Aslam Hariri bersama pembantu juruterbang Kepten Fikry dengan dibantu seorang ‘quartermaster’ udara, tiga kru teknikal dan seorang anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Sementara itu, pasukan TUDM dan rakan sejawat dari Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) serta Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima kunjungan Ketua Staf Angkatan Bersenjata Filipina General Romeo Saturnino Brawner Jr melawat semasa tugasan HDAR mereka hari ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kanser tak halang Raja Charles teruskan lawatan rasmi luar negara
Next: Lapisan salji belum terbentuk di Gunung Fuji, mungkin sebab cuaca panas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.