Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Kristine: TUDM atur gerak helikopter bantu Filipina
  • GLOBAL

Taufan Kristine: TUDM atur gerak helikopter bantu Filipina

Utusan Sarawak 7 months ago

SEBUAH helikopter dan krew dihantar ke Filipina bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan susulan taufan Kristine. Foto Ihsan TUDM

LABUAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggerakkan sebuah helikopter EC 725 AP dari No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan bagi Bantuan Misi Kemanusiaan (HADR) ke Filipina, susulan kejadian Taufan Tropika Kristine (Trami) yang menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan atur gerak aset terbabit bagi menzahirkan hasrat kerajaan Malaysia dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan menyokong kerajaan Filipina untuk bantuan logistik udara bagi mengedar barangan bantuan bencana di sekitar kawasan terjejas bencana.

Menurut kenyataan itu, pesawat TUDM telah berlepas pada 7 pagi tadi ke Pangkalan Udara Villamor di Manila.

Penerbangan dianggar mengambil masa lima jam 30 minit dan pasukan TUDM dijadual singgah di Pangkalan Udara Antonio Bautista terlebih dahulu bagi mengisi minyak.

Misi penerbangan diketuai Mejar Thaddeus Raphael Azis @ Sait bersama-sama 15 pegawai dan anggota TUDM lain terdiri daripada dua juruterbang, seorang pembantu juruterbang, dua pegawai kejuruteraan, dua kuartermaster udara, lima juruteknik pesawat serta empat anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

TUDM memaklumkan, Pangkalan Udara Villamor akan menjadi stesen utama bagi misi bantuan berkenaan.

Dari sana, pasukan TUDM akan digerakkan ke kawasan bencana diperlukan untuk penghantaran bantuan oleh kerajaan Filipina termasuk ke Lapangan Terbang Pili di Naga City dan Lapangan Terbang Antarabangsa di Daraga, Albay.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ribut tropika Kristine: 4 negara ASEAN hantar bantuan ke Filipina
Next: 2 pesawat ringan berlanggar di udara, 3 maut di Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.