Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tarikh akhir penyerahan dokumen pelesenan kelab dilanjutkan
  • SUKAN

Tarikh akhir penyerahan dokumen pelesenan kelab dilanjutkan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGERUSI ‘First Instance Body’ (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada sidang media mengenai perlesenan kelab di Wisma FAM hari ini. FOTO Bernama

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan tarikh akhir bagi kelab-kelab Liga Super memuat naik dokumen Pelesenan Kelab telah dilanjutkan sehingga 10 Mei ini.

Pengerusi First Instance Body (FIB) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan permohonan beberapa kelab yang meminta lanjutan masa untuk melengkapkan dokumentasi pelesenan mereka.

“Jawatankuasa FIB bersetuju untuk memberikan lanjutan masa kepada semua kelab bagi melengkapkan dokumen berkaitan Pelesenan Kelab Kitaran 2024 hingga 2025 untuk Lesen Kebangsaan di dalam sistem pelesenan AFC CLAS.

“FIB telah menetapkan 10 Mei 2025 sebagai tarikh akhir untuk semua kelab Liga Super melengkapkan dokumentasi pelesenan yang masih belum lengkap,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau turut berharap lanjutan masa yang diberikan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua kelab bagi menyelesaikan segala dokumentasi sebelum tarikh akhir baharu tersebut.– Bernama

Continue Reading

Previous: Simbolik penyerahan bendera, baju semarak semangat sukan
Next: PHKL jadikan Liga Hoki Terbuka 2025 platform pemilihan pemain SUKMA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.