Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tarik pelaburan RM15.4 bilion jadikan Sama Jaya pemacu utama pertumbuhan ekonomi
  • TEMPATAN

Tarik pelaburan RM15.4 bilion jadikan Sama Jaya pemacu utama pertumbuhan ekonomi

Utusan Sarawak 8 months ago
UNTUK ALBUM… Dato Wee Hong Seng dan pegawai-pegawai lain merakamkan gambar bersama usai mesyuarat pertama Jawatankuasa Pengurusan Taman Perindustrian Sama Jaya (IPMC).

KUCHING: Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya berjaya menarik pelaburan asing dan domestik berjumlah RM15.4 bilion pada 2023 sekali gus memberi impak besar kepada ekonomi di negeri ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, zon perindustrian itu juga telah menghasilkan 15,000  pekerjaan dengan bayaran gaji tahunan sebanyak RM758 juta serta menyumbang RM1.05 bilion kepada ekonomi tempatan pada tahun lepas.

”Justeru, Sama Jaya telah menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

”Adalah penting untuk kita mengekalkan infrastruktur yang teguh untuk menyokong pemain industri kita, membolehkan mereka berkembang dan berkembang maju di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mesyuarat pertama Jawatankuasa Pengurusan Taman Perindustrian Sama Jaya (IPMC) di Ibu Pejabat MBKS di sini, hari ini.

Dalam mesyuarat tersebut, Wee turut mengumumkan bahawa kerajaan Sarawak telah mencadangkan Jawatankuasa Pengurusan Taman Perindustrian untuk dipengerusikan bersama oleh kedua-dua sektor awam dan swasta.

Jelasnya, ia bertujuan memupuk hubungan yang kukuh, persefahaman dan kerjasama erat antara kedua-dua sektor awam dan juga swasta.

Tambahnya, jawatankuasa itu juga akan mengurus dan mencari penyelesaian berkesan untuk menambah baik keadaan di taman perindustrian, yang menggalakkan kemampanan jangka panjang.

”Saya percaya platform ini akan menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara agensi kerajaan dan pemain industri ke arah pengurusan taman perindustrian yang lebih berkesan.

”Saya menggalakkan dialog terbuka antara pemain industri dan kerajaan dalam menangani isu pengurusan taman perindustrian.

”Kerajaan Sarawak termasuk MBKS sepenuhnya komited untuk menyokong dan bekerjasama dengan pemain industri dari Samajaya bagi menangani isu-isu berkaitan,” ujarnya.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dua sekolah mubaligh DUN Batu Kitang terima geran UNIFOR
Next: UiTM, pusat beli-belah the Spring bekerjasama anjur Karnival STEAM Kids

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.