Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tarik nafas lega terima bantuan air
  • TEMPATAN

Tarik nafas lega terima bantuan air

Utusan Sarawak 5 years ago

ELLIE EDWARD

SAMALAJU: Penduduk rumah panjang Rumah Ngumbang Anak Sinjan, Pasir Putih Suai Samalaju menarik nafas lega menerima bantuan air mineral daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri, semalam.

Tuai Rumah (TR) Ngumbang berkata, rumah panjang beliau menerima sebanyak 230 kotak air mineral daripada jabatan terbabit.

“Kita berterima kasih di atas bantuan air mineral memandangkan penduduk rumah panjang mempunyai masalah air berikutan masalah hujan yang kurang ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi berhubung berkata terbabit, semalam.

Menurutnya, rumah panjang beliau yang mempunyai 23 isi rumah itu turut terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

“Kita berterima kasih kepada wakil rakyat Bintulu yang menyokong permohonan kami kepada pihak JKM,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat khususnya dalam membendung penularan wabak Covid-19. Pada masa yang sama, beliau menasihati seluruh masyarakat terutama di Bintulu untuk memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan PKP dalam usaha kerajaan membendung penularan wabak Covid-19.

Continue Reading

Previous: Bergerak antara daerah tidak dibenarkan
Next: Kumpulan Ta Ann derma alat perubatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.