UNTUK ALBUM… Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan 1 (Pelancongan) Datuk
Sebastian Ting Chiew Yew merakam gambar bersama pemenang Pertandingan Fotografi Sayangi Miri Tahun Baru
Cina 2022 anjuran Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) di Miri.
PERSATUAN Wartawan Utara Sarawak (NSJA) telah mengadakan Pertandingan Fotografi Sayangi Miri sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2022.
Pertandingan fotografi yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan 120 penyertaan.
Bagi kategori terbuka 91 penyertaan dan kategori ahli NSJA sebanyak 29 penyertaan dipertandingkan.
Pertandingan ini dibahagikan kepada kategori terbuka dan kategori ahli NSJA dengan nilai hadiah berjumlah RM5,000.
Hasil kreatif fotografi Mohamad Zuikhairi Awang Karim dan Lo Kiun Sin dinobatkan juara pertandingan tersebut.
Mohamad Zuikhairi dinobat sebagai pemenang tempat pertama bagi kategori terbuka manakala wartawan, Kiun Sin dari akhbar berbahasa Cina memenangi tempat pertama bagi katogeri ahli NSJA.
Bagi kategori terbuka, naib juara pula dimenangi oleh Liew Li Mui, manakala Chiew Hua Siong dan Aaron Sim Jun Chiek masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.
Sementara, Thomas Wong Zii Liing dan Lau Lee Hie masing-masing mendapat sagu hati bagi kategori tersebut.
Bagi kategori ahli NSJA pula, naib juara oleh wartawan dari akhbar berbahasa Cina, Liew Li Mui manakala tempat ketiga dan keempat masing-dimenangi oleh Margaret Ringgit dan Ivy Ching Heng Mee dan pemenang saguhati pula dimenangi Michelle Choo Lee Nyuk dan Esther Ching Heng Sing.
Sementara itu, anugerah ‘The Most Like & Share’ untuk kategori terbuka dimenangi oleh Allen Wong Lung Hing dan kategori ahli NSJA pula dimenangi oleh jurukamera dari RTM Miri, Syaffuan Zaini.
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan 1 (Pelancongan) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew di sini, semalam.
Tempat pertama membawa pulang wang tunai RM500, Power Bank 50000mAh, lima kilogram beras wangi dan sijil penghargaan.
Manakala, tempat kedua membawa pulang wang tunai RM300, Power Bank 50000mAh, lima kilogram beras wangi dan sijil penghargaan sementara tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM200, Power Bank 50000mAh, lima kilogram beras wangi dan sijil penghargaan.
Tempat keempat pula pemenang membawa pulang wang tunai RM150 ,Power Bank 50000mAh, 5kg beras wangi dan sijil penghargaan manakala dua hadiah sagu hati membawa pulang wang tunai RM50,Power Bank 50000mAh, 5kg beras wangi dan sijil penghargaan.
Bagi kategori ‘The Most Like & Share’ pula pememang membawa pulang wang tunai RM150, Power Bank 50000mAh, lima kilogram beras wangi dan sijil penghargaan.
Pertandingan Fotografi Sayangi Miri Tahun Baru Cina 2022 dianjurkan oleh NSJA dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri dan sebuah syarikat pemborong beras.
Presiden NSJA, Andy Jong berkata, pertandingan itu bagi membantu mempromosikan suasana TBC 2022 di sekitar bandar raya ini selain dapat memperkenal dan mempromosi bandar raya Miri yang menyumbang kepada industri pelancongan.
“Tema pertandingan ialah suasana TBC 2022 sekitar bandar raya Miri bermakna peserta perlu mengambil gambar berkaitan suasana dan hiasan TBC sekitar bandar raya ini,” katanya.
Oleh LIONG CHAI LING