Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tanya hukum haji di hujung jari: AI jadi ‘pembantu segera’ jemaah
  • NASIONAL

Tanya hukum haji di hujung jari: AI jadi ‘pembantu segera’ jemaah

Utusan Sarawak 6 hours ago
TANYA hukum haji di hujung jari: AI jadi ‘pembantu segera’ jemaah. Foto Bernama

MAKKAH: Jika sebelum ini jemaah haji perlu mencari pembimbing atau menunggu sesi ceramah untuk mendapatkan kepastian hukum, kini segalanya di hujung jari apabila Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam platform e-TAIB Live Chat.

Buat julung kalinya, teknologi AI digunakan sebagai ‘pembantu segera’ bagi menjawab persoalan jemaah secara masa nyata, sekali gus mempercepatkan akses kepada maklumat hukum sepanjang musim haji.

Pengarah Operasi Bimbingan Haji TH Shahrin Awaluddin berkata, pendekatan itu memberi kemudahan baharu kepada jemaah yang memerlukan jawapan pantas khususnya dalam situasi mendesak ketika berada di Tanah Suci.

“Melalui e-TAIB, jemaah boleh terus bertanya soalan berkaitan ibadah dan hukum. AI akan memberikan jawapan segera dan, jika perlu, petugas e-TAIB akan mengambil alih untuk penjelasan lanjut.

“Ini sangat membantu terutama apabila jemaah berdepan situasi yang memerlukan kepastian segera seperti isu larangan ihram atau kewajipan dam,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat. 

Shahrin berkata, penggunaan aplikasi WhatsApp sebagai medium interaksi turut memudahkan capaian malah pada hari pertama sahaja, sistem tersebut menerima sekitar 300 soalan daripada jemaah.

“Ini menunjukkan jemaah memang perlukan saluran yang cepat dan mudah. Kebanyakan mereka sebenarnya sudah faham asas, tetapi mahu pengesahan supaya lebih yakin dalam melaksanakan ibadah,” katanya.

Katanya, antara soalan paling kerap diajukan ialah berkaitan rambut gugur ketika ihram, penggunaan wangian dan isu fiqh wanita.

Dalam masa sama, Shahrin menegaskan sistem itu tetap dipantau rapi oleh pakar bagi memastikan ketepatan jawapan.

“AI ini bukan menggantikan pembimbing, tetapi melengkapkan peranan mereka. Kita ada 56 petugas bimbingan termasuk Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) dan kaunseling yang sentiasa bersedia membantu.

“Semua jawapan pula berpandukan rujukan rasmi TH yang telah disahkan pakar dan selaras dengan keputusan muzakarah haji,” katanya.

Shahrin berkata, penggunaan platform khusus seperti e-TAIB juga penting bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan jemaah yang mungkin merujuk kepada sumber luar dengan perbezaan pandangan mazhab.

Seiring dengan itu, TH turut memberi penekanan kepada pemahaman maqasid haji tahun ini agar jemaah bukan sahaja melaksanakan ibadah secara sah tetapi juga menghayati hikmah di sebaliknya.

“Teknologi ini memudahkan, tetapi matlamat kita tetap sama iaitu membimbing jemaah mencapai haji mabrur,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: JPJ perkenal aplikasi pintar MyJPJ versi baharu
Next: Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, jangan lagi dipolitikkan – Zambry

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.