Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tangki simpanan sisa minyak terbakar di Kidurong, bomba berjaya kawal keadaan
  • KEBAKARAN

Tangki simpanan sisa minyak terbakar di Kidurong, bomba berjaya kawal keadaan

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba berjaya memadam kebakaran 12 tong penyimpanan minyak diesel milik RAL Enterprise di kawasan perindustrian Kidurong, hari ini.

BINTULU: Sebanyak 12 tong penyimpanan minyak diesel berkapasiti 200 liter setiap satu musnah dalam kebakaran di sebuah premis RAL Enterprise di kawasan perindustrian Kidurong, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada 12.52 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bergegas ke lokasi kejadian dengan bantuan BBP Bintulu.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada 12.57 tengah hari dan mendapati kebakaran melibatkan 12 tong penyimpanan minyak diesel dengan anggaran keseluruhan sebanyak 2,400 liter.

Komander operasi mengarahkan anggota menjalankan penilaian awal keadaan sebelum operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki bersama satu alat pemancar buih (FB5X), dengan bekalan air diperoleh daripada pili bomba berhampiran.

ANGGOTA bomba menggunakan kaedah pemadaman buih (foam) bagi memadam kebakaran yang melibatkan tong penyimpanan minyak diesel di kawasan perindustrian Kidurong, hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.20 petang sebelum operasi ditamatkan pada 2.40 petang selepas pihak bomba memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat serta tiada risiko kebakaran berulang.

Seramai 16 anggota daripada BBP Kidurong dan BBP Bintulu terlibat dalam operasi tersebut dengan menggunakan sebuah Jentera Penyelamat Kebakaran Kompak (CFRT), sebuah Jentera Penyelamat Kebakaran (FRT) serta sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Penyelamatan (EMRS).

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran stor simpanan barang di Tabuan Square terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.