Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tangki air aras tinggi bakal dibina di Banting
  • Utara
  • WILAYAH

Tangki air aras tinggi bakal dibina di Banting

Utusan Sarawak 2 months ago
KEPERLUAN AIR… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberi penerangan kepada Dzulkornain Masron selepas melawat Anjung Usahawan Lawas.

LAWAS: Tangki air aras tinggi (high level water tank) akan dibina di kawasan Banting di sini untuk menampung keperluan ribuan penduduk.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu tangki tersebut amat diperlukan di Banting kerana kawasan itu merupakan sebahagian daripada kawasan bandar baharu Lawas.

“Kita telah lama mengarahkan pihak bertanggungjawab untuk membina kemudahan tangki air aras tinggi ini dan insya-Allah tahun ini pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB)
akan melaksanakan pembinaannya.

“Saya sendiri telah menghubungi pengarah JBALB berhubung perkara ini dan beliau memberi jaminan projek ini mampu menampung tiga juta liter air sehari (3mld) akan dilaksana dalam tahun ini, ” katanya ketika ditemui media selepas melawat Anjung Usahawan Lawas.

Selain itu, keperluan tangki air aras tinggi ini diharap dapat memenuhi keperluan pejabat, sekolah, kawasan perumahan dan penempatan penduduk di Skim Penempatan Semula Banting.
Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Urus sumber kewangan sendiri tanpa bergantung pihak luar
Next: Anjung Usahawan mampu pacu ekonomi penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.