Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie-Ee Wei digandingkan semula – BAM
  • SUKAN

Tang Jie-Ee Wei digandingkan semula – BAM

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BEREGU campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali digandingkan dalam usaha memperkukuh cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam pengumuman menerusi laman Facebook hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat susulan permintaan daripada kedua-dua pemain serta hasil perbincangan menyeluruh antara pasukan kejurulatihan dan pemain.

“Pasangan yang pernah mencapai ranking tertinggi dunia iaitu di kedudukan ketiga, akan memberi tumpuan semula ke pentas antarabangsa, bermula dengan Terbuka Singapura (27 Mei hingga 1 Jun) dalam usaha mengembalikan prestasi terbaik mereka,” menurut kenyataan itu.

Pada 28 Mac, BAM mengumumkan gandingan itu dipisahkan untuk kejohanan akan datang selain memberi ruang kepada jurulatih mencuba kombinasi baharu susulan ketegangan dalam hubungan mereka sejak temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Semalam, Tang Jie dan Ee Wei disenaraikan dalam Program Road to Gold (RTG) dalam misi memburu pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028). – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Masters Malaysia 2025: Kenaikan hadiah kemenangan bakar semangat Aaron-Wooi Yik
Next: MSN kenal pasti atlet muda berpotensi wakili Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.