Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah susur berlaku di Belaga
  • WILAYAH

Tanah susur berlaku di Belaga

Utusan Sarawak 4 months ago

Hujan berterusan sepanjang malam menyebabkan tanah susur berlaku di tebing sungai berdekatan jalan masuk ke rumah panjang, namun laluan masih boleh dilalui oleh kenderaan.

BELAGA: Kejadian tanah susur dilaporkan berlaku berhampiran Rumah Sekapan Piit di sini pagi tadi akibat hujan berterusan sepanjang malam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.00 pagi.

“Tanah susur dilaporkan berlaku di tebing sungai berhampiran jalan masuk ke kampung.

“Bagaimanapun, laluan jalan masih dapat dilalui oleh kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Anggota bomba bertindak memasang sawar-sawar keselamatan di kawasan kejadian dan menasihati penduduk rumah panjang agar berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

Continue Reading

Previous: Mesyuarat Perwakilan Zon Betong PBB dijangka himpunkan 1,400 perwakilan
Next: Anggota APM, ATM bantu bersihkan rumah panjang terjejas banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.