Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Taman Rukun Negara diwujudkan di Labuan
  • NASIONAL

Taman Rukun Negara diwujudkan di Labuan

Utusan Sarawak 5 years ago
TAN Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR:  Kerajaan bercadang untuk mewujudkan sebuah Taman Rukun Negara di Labuan dalam masa terdekat bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara sekali gus menjadi mercu peringatan kepada generasi akan datang.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata Labuan dipilih sebagai lokasi pembinaan taman awam itu kerana kedudukannya yang strategik berhampiran dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak.

“Taman awam yang didedikasikan seperti ini mempunyai ‘roh’ dan makna tertentu serta ia bukanlah hanya sekadar taman biasa. Kewujudan taman ini juga dapat membantu memperluaskan lagi penghayatan kepada amalan Rukun Negara itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sesi Maklum Balas Rakyat Berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini semalam. 

Sesi itu merupakan usaha daripada Kementerian Perpaduan Negara untuk mendapatkan maklum balas, cadangan serta pandangan bernas daripada semua pihak berhubung Draf PTPN yang akan dilaksanakan pada Januari 2021.

Mengulas lanjut mengenai Taman Rukun Negara itu, Annuar berkata pembangunan taman awam yang dilaksanakan dengan penyertaan serta sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk orang perseorangan, akan dibincang dan diperincikan dengan Perbadanan Labuan. 

“Selain menjemput pakar daripada Jabatan Landskap Negara dan perunding swasta, kita juga telah berhubung dengan individu tertentu yang ingin menyumbang seperti bahan artifak untuk pembangunan taman ini,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pindaan Akta beri PBT kuasa isu pencemaran
Next: Semakan pusat mengundi PRN Sabah bermula semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.