Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Takwim persekolahan bermula Januari dikembalikan 2026
  • PENDIDIKAN

Takwim persekolahan bermula Januari dikembalikan 2026

Utusan Sarawak 2 months ago
MESRA… Fadhlina Sidek meluangkan masa beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada majlis Berbuka Puasa PKR Sarawak di sebuah restoran di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan mengembalikan semula takwim persekolahan yang bermula pada Januari seperti sebelum ini, mulai 2026.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata persiapan telah dijalankan dengan rapi bagi memastikan jumlah hari bersekolah tidak kurang daripada 190 hari, seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

”Alhamdulilah persediaan kita telah dijalankan dengan rapi. Pertama, kita hendak memastikan tempoh persekolahan adalah 190 hari.

”Kedua, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini juga akan bermula sedikit awal dan akan tamat sebelum Krismas.

”Kita telah mengambil kira semua cuti dan juga komitmen di peringkat kementerian bagi memastikan pada 2026, kita akan kembali sepenuhnya ke sesi persekolahan bermula Januari,” katanya.

PENJELASAN… Fadhlina Sidek menjawab soalan pengamal media semasa menghadiri majlis Berbuka Puasa PKR Sarawak di sebuah restoran di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Berbuka Puasa PKR Sarawak di sebuah restoran di sini, hari ini.

Untuk rekod, sebelum ini sesi persekolahan telah dianjakkan kepada Mac susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan takwim persekolahan bagi 2022/2023 bermula pada Mac 2022.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Senarai kursus diumum November depan – Roland
Next: Sekolah bertingkat akan diperkenalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.