Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • “Tak kira PH, PKR,  yang penting GPS menang 
  • SEMASA

“Tak kira PH, PKR,  yang penting GPS menang 

Utusan Sarawak 3 years ago

Fadillah ketika berucap pada program Wanita Kemas Semariang, Petra Jaya petang ini.

KUCHING: “Siapa saja lawan kita tidak kira PH (Pakatan), PKR (Parti Keadilan Rakyat) atau parti lain nak lawan GPS (Gabungan Parti Sarawak), terpulang. Apa yang penting adalah kemenangan buat GPS.” 

Itu antara kata-kata calon Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof. 

“Kita berharap pengundi bersama GPS dan GPS perlu diberi kemenangan untuk mempertahankan hak sarawak dan meneruskan perjuangan Sarawak untuk dapat dicapai. 

“Ini akan dapat dicapai dengan kerusi yang banyak melalui suara lebih ramai. Ini akan dapat mempengaruhi bukan sahaja suara di Parlimen tapi insya-Allah…dapat bersama pembuat dasar negara,” katanya ketika ditemui pemberita sejurus selepas program Wanita Kemas Samariang di sini petang ini. 

Ditanya mengenai kemungkinan PH meletakkan calon untuk bertanding sebagai ‘talam dua muka’ apabila mereka dikatakan untuk berbaik-baik dengan GPS, Fadillah berkata, terserah kepada rakyat untuk mentafsir. 

“Cukup untuk kita hanya fokus kepada kemenangan GPS. 

“Malah ada parti lain menyatakan mereka adalah parti lokal tetapi mereka tiada pengalaman di peringkat persekutuan. GPS dah ada ‘track record’ jadi teruskan bersama GPS. 

“Kalau dulu penggal yang lalu, Sarawak berjaya menuntut (sebahagian hak) dalam MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), mendapat (kuasa) di bawah  Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 58) kita diiktiraf di peringkat persekutuan dan pentadbiran dari segi pentadbiran, banyak kuasa dah diberi kepada sarawak. 

“Tetapi masih ada lagi tuntutan-tuntutan yang belum selesai memerlukan perjuangan….  belum selesai. 

“Oleh itu kita memerlukan rakyat sarawak untuk beri sokongan penuh kepada GPS, insya-Allah sokongan penuh kita akan dapat melunaskan segala tuntutan. 

“…Dan fokus kita adalah memastikan kestabilan politik negara khususnya Sarawak dan kepada pembangunan dan kemakmuran negeri Sarawak,” katanya. 

Oleh AZREEN KERIA 

Continue Reading

Previous: Masa depan negara di tangan pengundi
Next: Nancy tidak gentar di kawasan baharu 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.