Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tahun Ular inspirasi kebijaksanaan, keberanian
  • TEMPATAN

Tahun Ular inspirasi kebijaksanaan, keberanian

Utusan Sarawak 3 months ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Dato Dayang Morliah Awang Daud. 

KUCHING: Warisan budaya yang kaya dan keharmonian kaum menjadikan negeri ini terus berkembang maju lebih-lebih lagi di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dengan kestabilan politik dan pentadbiran yang teguh adalah asas kepada pembangunan dan perpaduan di negeri ini.  

“Untuk itu, marilah kita bersama-sama melangkah ke hadapan dengan keberanian dan tekad yang kukuh” kata beliau dalam Perutusan Khas sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025, semalam.

Justeru, beliau berharap agar tahun ini membawa keberkatan dalam bentuk kekayaan dan kebahagiaan untuk semua.

“Menjelang Tahun Ular, saya mengajak rakyat Sarawak untuk mengambil inspirasi daripada kebijaksanaan dan keberanian simbolik tahun ini bagi mencapai kejayaan yang lebih besar,” jelasnya.

Mengakhiri perutusan, beliau serta isteri Dato Dayang Morliah Awang Daud  mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2025 kepada seluruh masyarakat Cina di Sarawak dan Malaysia.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 77,958 golongan ibu terima bantuan BIB sejak 2020
Next: Tiga sekolah antara penerima geran untuk program STEM, TVET

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.