Tag: Puisi

Puisi

Musim Di tengah petak sawah kuraup bongkah El Nino yang merekah garis tanganku dipenuhi debu. Dari laut awan tengkujuh mula merendahkan petang kutatang sisa benih

Puisi

Setahun Lagi Aku Menua Hari ini setahun lagi aku menua namun hayat makin berkurang kerana dengan tahun menambah  makin dekatlah aku dan pulang.  dan cermin pun bercerita hikayat tua rambut yang makin putih gigi yang kian hilang kedut yang jelas berkerut. Aku tidak mahu pesta kek mega atau lilin dan nyala cukuplah doa dan sebingkis maaf kerana tidak terjangkau arif berapa kali lagi pagikah yang bakal menjengah petang yang sempat membahang malam yang sudi kelam. harapnya sebelum aku dijemput, segala hutang dunia terlunas balas, cukup amal, cukup bekal,  lalu dikurnia rahmat Ar-Rauf  di kehidupan lain yang menanti.

Puisi

Ditawan Sepi Ditawan sepi, Penjaranya adalah duka, Jeriji-jeriji resah tersusun di dada, Tidak sempat aku menjerit ketika meronta, Jiwa dipukul sunyi tanpa suara, Kian mengecil

Puisi

Pelangi Malaysia, Warna Perpaduan Sesudah hujan darah reda di dada sejarah, pelangi terbit di langit merdeka. merahnya nyala semangat wira, kuningnya lambang takhta mulia. Birunya

Puisi

Lara Hati Jika diikut lara hati ingin terasing membawa diri pergi jauh menuju alam nian abadi. Lara hati membawa lari, secebis kuat akhirnya pergi kalau