Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tadika beroperasi patuhi SOP
  • SEMASA

Tadika beroperasi patuhi SOP

Utusan Sarawak 5 years ago
MENINJAU… Dato’ Sri Fatimah Abdullah (kiri) ketika meninjau pelaksanan prosedur standard operasi (SOP) di Tadika Astana di Miri, semalam.

MIRI : Tadika dan taska yang dibuka semula semalam di seluruh negeri ini beroperasi mengikut prosedur standard operasi (SOP) dan garis paduan yang disediakann.

Menteri Kebajikan, Kesejahteran Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, hasil pemantauan yang dibuat di beberapa buah tadika dan taska di sini, beliau berpuas hati dengan kelancaran pelaksanaan SOP oleh pengusaha tadika dan taska.

Justeru, katanya, ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak mereka ke tadika atau taska.

“Semasa tinjauan pelaksanaan SOP tadi, kita lihat dari segi aktiviti pun sudah diubah suai misalnya mereka tidak lagi mengadakan aktiviti berkumpulan, aktiviti yang lebih menumpukan kepada aktiviti individu, duduk dan makan di tempat masing-masing  bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

“Selain itu, selepas selesai sesi, pihak tadika akan menjalankan aktiviti nyahkuman seperti kerusi, lantai dan peralatan dibersihkan.

“Oleh itu, dengan adanya SOP yang disediakan dan komitmen daripada pengusaha dan pentadbir tadika dan taska, ibu bapa tidak perlu risau tentang keselamatan anak-anak mereka,” katanya kepada media selepas meninjau pelaksanan SOP di Tadika Astana di sini, semalam.

Fatimah berkata,  pemantauan pematuhan SOP terhadap tadika dan taska akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh pasukan khas di bawah pelbagai agensi termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Perpaduan Negara.

Katanya,  tadika atau taska akan diarah tutup operasi sekiranya gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Sekiranya tidak ada pematuhan pada SOP, kita akan suruh tadika atau taska tutup, ini kerana  yang akan mendapat akibat kalau tiada pematuhan kepada SOP adalah anak-anak kita.

“Di tadika dan taska, keselamatan dan kesihatan anak-anak itu adalah perkara nombor satu,” katanya.

Terdahulu, kata Fatimah, daripada 2,865 buah tadika dan taska di seluruh negeri Sarawak, sebanyak 2,385 kembali beroperasi semalam.

Pembukaan semula itu membabitkan 78,225 kanak-kanak, 5,400 guru dan 3,358 pembantu guru.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Bantu penduduk bina rumah panjang
Next: Sekolah dibuka secara berperingkat 15 Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.