Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • T7 Global peroleh kontrak EPCC daripada Petronas
  • BISNES

T7 Global peroleh kontrak EPCC daripada Petronas

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGERUSI Eksekutif T7 Global Bhd, Tan Sri Nik Norzrul Thani

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh T7 Global Bhd (T7 Global), Tanjung Offshore Services Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (Petronas). 

T7 Global akan bertindak sebagai kontraktor panel untuk operasi jarak jauh yang berkaitan dengan EPCC, menyokong initiatif transformasi dan pendigitalisasi aset Petronas, kata penyedia penyelesaian tenaga itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Initiatif itu bertujuan meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi di luar pesisir. Pelantikan itu sah selama lima tahun sehingga 2030.

“Skop kerja termasuk reka bentuk kejuruteraan, pengubahsuaian kemudahan, penyepaduan aset dan pentauliahan sistem,” kata T7 Global.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Nik Norzrul Thani berkata T7 Global memperoleh pelbagai kontrak utama sejak beberapa bulan lepas.

Katanya, menerusi bahagian tenaganya, syarikat berjaya memperoleh kontrak penyelenggaran, pembinaan, pengubahsuaian dan pelantar bicu daripada beberapa pelanggan.

“Sementara itu, bahagian penyelesaian industri kami telah dianugerahkan kontrak oleh Kementerian Pertahanan untuk menyediakan sistem radar.

“Kontrak ini akan menyediakan aliran wang tunai yang stabil kepada kumpulan, membentuk asas kewangan yang kukuh bagi menyokong pengembangan berterusan kami dan pelan pertumbuhan jangka panjang,” katanya. -Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Pengambilan alih MASwings: Tiada kesan kewangan terhadap MAG
Next: LPKP libat pemain industri rangka dasar pengangkutan inklusif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.