Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit untuk raih gelaran Terbuka Artik 
  • SUKAN

Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit untuk raih gelaran Terbuka Artik 

Utusan Sarawak 7 months ago

Izzuddin (kiri) dan Sze Fei gembira meraikan kejayaan muncul juara Terbuka Artik. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mempamerkan prestasi cemerlang untuk merangkul gelaran ketiga mereka tahun ini dengan menjuarai Terbuka Artik 2024 di  Vantaa, Finland, hari ini.

Pada aksi akhir di Energia Areena, Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit daripada ketinggalan untuk menggagalkan harapan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen untuk mempertahankan kejuaraan mereka dalam kejohanan Super 500 itu.

Selepas permulaan hambar yang menyaksikan mereka tewas set pertama 15-21, pasangan nombor lapan dunia itu berjaya mengembalikan keyakinan dengan kemenangan 21-15 pada set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Dalam set penentuan, beregu negara ketinggalan empat mata pada 7-11 tetapi berjaya melakukan kebangkitan luar biasa untuk menyamakan kedudukan pada 16-16 sebelum smash padu Sze Fei menutup perlawanan dengan 21-19, sekali gus memastikan gelaran kelima dalam karier mereka.

Lebih manis, kemenangan hari ini membolehkan mereka melengkapkan koleksi gelaran di semua empat peringkat Jelajah Dunia (Super 300, Super 500, Super 750 dan Super 1000).

Kemenangan itu menyaksikan mereka membawa pulang hadiah wang tunai AS$33,180 (kira-kira RM142,192) manakala pasangan Denmark menerima AS$15,960 (RM 68,396).

Pada Ogos lepas, Sze Fei dan Nur Izzuddin dinobatkan sebagai juara Terbuka Jepun 2024 diikuti dengan kemenangan di Terbuka China 2024,bulan lepas.

Sementara itu, tiada kegembiraan berganda buat Malaysia selepas beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah terlepas peluang untuk memastikan gelaran kedua mereka tahun ini.

Dalam aksi final, Pearly-Thinnah yang turun sebagai pilihan ketiga tewas kepada juara bertahan dan pilihan utama dari China Liu Sheng Shu-Tan Ning 12-21, 17-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 57 minit.

Dengan kemenangan ini, Sheng Shu-Tan Ning berjaya membalas dendam selepas tewas 14-21, 14-21 kepada Pearly-Thinaah di final Terbuka Hong Kong, bulan lepas.

Selaku juara, Sheng Shu-Tan Ning membawa hadiah wang tunai AS$$33,180 (RM142,192) manakala beregu negara meraih AS$15,960 (RMRM68,396), selaku naib juara.- BERNAMA

Continue Reading

Previous: Aaron-Khai Xing juara Remaja Dunia, tamat kemarau 13 tahun
Next: Yamal tidak bersama Sepanyol menentang Serbia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.