Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Syria terima 500,000 dos vaksin
  • GLOBAL

Syria terima 500,000 dos vaksin

Utusan Sarawak 3 years ago
MENTERI Kesihatan Syrai Hassan al-Ghabash (kanan) dan duta China Feng Biao di sebuah acara sejurus menyambut penghantaran dos vaksin Sinopharm di ibu kota Damsyik. • Foto AFP

DAMSYIK: China mendermakan 500,000 dos vaksin kepada Syria pada Ahad (14 Nov). Negara punah-ranah akibat perang itu mencatatkan kadar vaksinasi antara terendah di dunia dan apa yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu kenaikan kes yang sangat membimbangkan.

Penghantaran terbaru itu sekali gus membawa jumlah penghantaran ke Syria bertambah kepada hampir dua juta dos dalam seminggu.

Kurang dua peratus penduduk Syria sudah divaksin dan kes jangkitan terus melonjak, Setiausaha Rendah PBB Martin Griffiths memberi amaran bulan lalu.

Damsyik minggu lalu menerima lebih 1.3 juta dos vaksin Sinovac buatan China di bawah program perkongsian vaksin Covac, yang ditubuhkan untuk memastikan penghantaran suntikan dos yang saksama.

Bercakap kepada para wartawan, Menteri Kesihatan Hassan Ghabash memuji sumbangan terbaru dalam bentuk satu lagi vaksin buatan China, Sinopharm.

Duta Beijing Feng Biao,yang negaranya merupakan sekutu rejim Syria, berkata konsainan pada Ahad itu bertambah kepada 800,000 jumlah dos Sinopharm yang disumbangkan oleh Beijing.

Encik Hassan berkata khidmat kesihatan negaranya sudah memvaksin lebih 600,000 individu dan menggesa lebih ramai rakyat Syria supaya tampil mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Lebih 46,000 kes, termasuk 2,661 kematian, didaftarkan secara rasmi di wilayah-wilayah yang dikawal pemerintah namun, pasukan paramedik dan kumpulan aktivis yakin perangkaan sebenar adalah jauh lebih tinggi.

Wilayah Idlib yang dikuasai pemberontak di barat laut Syria, yang mncatatkan lebih 90,000 kes termasuk 2,000 kematian, menyatakan ia sudah menerima hampir 690,000 dos vaksin di bawah Covax dan menyuntik 77,000 orang.

Pentadbiran Kurdi di timur laut Syria, yang menerima vaksin melalui Damsyik mencatatkan 1,500 kematian Covid-19 daripada 37,000 kes, dan kira-kira 40,000 penduduk sudahpun mendapatkan vaksin. – AFP

Continue Reading

Previous: Tentera Sudan perkuat cengkaman
Next: Pembinaan ibu negara baharu giat dijalankan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.