Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Syarikat pengeluar getah berharap kerajaan Thai benarkan import getah mentah
  • GLOBAL

Syarikat pengeluar getah berharap kerajaan Thai benarkan import getah mentah

Utusan Sarawak 1 year ago
PENGARAH Thung Yai Steven Se berkata pada masa ini, terdapat kekurangan bekalan bahan mentah dan syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan getah daripada ladang.

NAKHON SI THAMMARAT: Sebuah syarikat pembuatan getah, Thung Yai Rubber Co. Ltd berharap supaya Kerajaan Thailand dapat membenarkan pengimportan getah mentah ke dalam negara ini.

Thung Yai Rubber merupakan sebuah syarikat usaha sama antara syarikat dari Malaysia, China dan Thailand yang berpangkalan di sini dan mempunyai pejabat yang beroperasi di Songkhla, selatan Thailand.

Pengarah Thung Yai Steven Se berkata pada masa ini, terdapat kekurangan bekalan bahan mentah dan syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan getah daripada ladang.

“Isu kekurangan bekalan mungkin disebabkan musim panas sekarang dan mempengaruhi harga getah,” katanya di sini, semalam.

Te berkata untuk memperoleh bekalan getah mentah, syarikat itu perlu membayar harga yang lebih tinggi sementara import getah ke Thailand adalah dilarang.

Beliau berharap isu ini akan dapat ditangani semasa mesyuarat dua hala antara pemimpin Malaysia dan Thailand di masa akan datang.

Te berkata produk berasaskan  getah asli yang dikeluarkan oleh kilang di sini adalah untuk pasaran tempatan dan juga dieksport ke China, Eropah dan Asia Barat.

“Kapasiti pengeluaran kami dianggarkan sebanyak 4,000 tan sebulan untuk membekalkan STR (Getah Standard Thai) 10, STR20 dan STR Getah Campuran,” katanya.  

Terdahulu, Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel dan Konsul Besar Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi melawat kilang getah itu di Jalan Tahan Chang di sini, semalam.

Jojie berkata, Thung Yai Rubber ialah sebuah kilang getah yang telah bertapak di sini sejak 1998.

“Kami mahu mendengar daripada pemilik perniagaan Malaysia mengenai pelaburan mereka, potensi pengembangan operasi dan cabaran menjalankan perniagaan di sini.

Kami juga sedia untuk membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Thailand, UK akan bentuk perkongsian strategik
Next: Majlis Keselamatan PBB terima resolusi gencatan senjata Gaza untuk Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.