Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Syarikat Malaysia perlu terus teroka pelaburan di luar negara, bawa kepakaran untuk Malaysia – Fadillah
  • BISNES

Syarikat Malaysia perlu terus teroka pelaburan di luar negara, bawa kepakaran untuk Malaysia – Fadillah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ditemui dalam sidang media bersama Bernama dalam lawatan kerja rasmi dua hari ke Turkiye bermula Selasa lepas. Selepas mengakhiri lawatan kerja rasmi di Turkiye hari ini, Fadillah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Summit on the Future of Energy Security pada 24 hingga 25 April di London anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan Kerajaan United Kingdom (UK). FotoBERNAMA

ISTANBUL: Syarikat besar Malaysia disaran terus meneroka peluang pelaburan di luar negara yang bukan sahaja dapat meningkatkan jalinan kerjasama dalam konteks perniagaan tetapi mampu memperluas perkongsian teknologi dan kepakaran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata perkongsian pengalaman dan kepakaran yang diperoleh menerusi kerjasama dengan negara luar amat bermanfaat untuk Malaysia.

Mengambil contoh pelaburan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam Gama Energi A.S, sebuah syarikat tenaga di Turkiye, Fadillah berkata ia menunjukkan bagaimana dua negara dapat meningkatkan jalinan kerjasama dalam konteks perniagaan.

“Walaupun TNB bukan pemegang saham majoriti tetapi mereka terlibat dalam pengurusan serta pengembangan pelaburan TNB di peringkat antarabangsa. 

“Kita menggalakkan lebih banyak lagi syarikat meneroka (pelaburan di luar negara) dan wajib mencari rakan kongsi yang boleh memanjangkan pengalaman, pengetahuan dan teknikal serta teknologi mereka ke Malaysia selain tenaga dan air yang menjadi tumpuan kita,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Terdahulu, Fadillah yang dalam lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Turkiye bermula semalam, melawat Gama Energi A.S di Ankara.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal dan Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB Mohd Zarihi Mohd Hashim.

Fadillah, berkata beliau juga akan melawat Karpowership, pengendali loji jana kuasa terapung Turkiye di sini yang berminat melabur di Malaysia dan berkongsi kepakaran termasuk penjanaan tenaga terutama di Sabah.

“Karpowership merupakan kapal yang menjadi penjanaan tenaga. Maksudnya, ia mudah alih, boleh pergi ke mana-mana untuk membekalkan tenaga menggunakan gas, gas petroleum cecair (LPG) dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau akan melihat sendiri lokasi pembinaan dan pemasangan kapal itu hari ini serta keupayaannya dalam aspek pembekalan tenaga.

“Saya hendak melihat keupayaan mereka kerana ada masanya kita memerlukan sokongan. Oleh itu, sekurang-kurangnya kita tahu ada alternatif dan jika terdapat apa-apa kekurangan, kita boleh mendapat sokongan. Ini belum ada komitmen, lebih kepada penerokaan,” katanya.

Selepas mengakhiri lawatan kerja rasmi di Turkiye hari ini, Fadillah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak mengenai Masa Depan Keselamatan Tenaga pada 24 hingga 25 April di London anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan kerajaan United Kingdom (UK). – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: FTA ASEAN, Australia, New Zealand perkukuh daya tahan Malaysia dalam pasaran serantau
Next: SHEDA 2025: Ekspo hartanah terbesar Sarawak bakal gegar BCCK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.