Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Suspek kes culik, bunuh ahli perniagaan dituduh
  • NASIONAL

Suspek kes culik, bunuh ahli perniagaan dituduh

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 9 Julai -- Enam lelaki termasuk seorang ahli politik didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan menculik ahli perniagaan Datuk Seri R. Arumugam, yang mayatnya ditemukan di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lalu. Kes disebut di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

ENAM lelaki termasuk seorang ahli politik didakwa di Mahkamah Majistret semalam, atas pertuduhan menculik ahli perniagaan Datuk Seri R. Arumugam, yang mayatnya ditemukan di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lalu.- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Enam suspek termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan warga Bangladesh yang disyaki terbabit dalam kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, pertuduhan terhadap enam lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Sejumlah 11 tangkapan telah dibuat bagi siasatan berhubung kes ini dan Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk pertuduhan dibuat terhadap enam suspek berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bernama sebelum ini melaporkan mayat seorang ahli perniagaan berusia 55 tahun ditemukan di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lepas, selepas 18 hari diculik.

Mangsa yang juga seorang pemaju hartanah dipercayai diculik, ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada jam 10.30 pagi, 10 Jun lepas.

Siasatan polis mendapati seorang daripada suspek telah membuat panggilan dan meminta wang tebusan S$50 juta daripada keluarga mangsa, namun tiada pembayaran dibuat.

Pada 2 Julai lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif kes berkenaan disebabkan masalah hutang dan perniagaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Diskaun 20 peratus kepada guru, pensyarah, pelajar
Next: Jumlah pengunjung majlis tidak lagi dihadkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.