Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Surat buka premis diserahkan
  • TEMPATAN

Surat buka premis diserahkan

Utusan Sarawak 4 years ago
PARA majikan dan wakil syarikat beratur di hadapan Balai Polis Sentral untuk menyerahkan surat pemberitahuan operasi premis mereka kepada polis, semalam.

SIBU: Majikan di tujuh zon di sepanjang Jalan Lanang di sini semalam, mula menyerahkan surat pemberitahuan operasi premis mereka kepada polis untuk beroperasi dalam tempoh Prosedur Operasi Standard (SOP) tambahan dari 16 hingga 26 April.

Tinjauan di Balai Polis Sentral Sibu mendapati para majikan dan wakil syarikat beratur di hadapan Balai Polis Sentral bagi tujuan tersebut.

Seorang majikan yang mahu dikenali sebagai Jason Ting, 45 berkata, beliau telah menyediakan semua dokumen diperlukan dan berharap diluluskan oleh pihak polis.

“Saya tiba sekitar jam 10.00 pagi dan keadaan tidak sesak dengan orang ramai.

“Jadi, urusan saya tidak lama, hanya mengambil masa kurang dari 10 minit,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu pada Khamis lalu, pemangku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Wong Hee Sieng mengumumkan pelaksanaan SOP tambahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa dari 16 hingga 26 April, berikutan lonjakan kes Covid-19 di daerah tersebut.

Wong berkata, SOP tambahan melibatkan tujuh zon, iaitu Sukun/Lada, Mantis, Poh Yew, Bukit Lima, Tong Sang, Pusat Bandar dan Tiong Hua.

Beliau menambah, di bawah SOP tambahan, semua perkhidmatan penting hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam dengan kapasiti 50 peratus, dan hanya setelah mendapat kebenaran daripada polis.

Oleh NURZILLA MOHAMAD

Continue Reading

Previous: Tiga jam padam kebakaran
Next: SEKOLAH DI ZON MERAH TUTUP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.