Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sungai Sebedil, Batang Igan berpotensi sebagai skim penanaman padi, penternakan udang air tawar
  • Tengah
  • WILAYAH

Sungai Sebedil, Batang Igan berpotensi sebagai skim penanaman padi, penternakan udang air tawar

Utusan Sarawak 1 month ago
PERASMIAN… Lidam Assan ketika merasmikan Jawatankuasa Pembangunan Kawasan (ADC) Sungai Sebedil pada Program Randau Pemansang di Rumah Thomas Paulus, Sungai Sebedil, hari ini.

SIBU: Kawasan Sungai Sebedil, Batang Igan berpotensi sebagai kawasan skim penanaman padi dan juga penternakan udang air tawar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan berkata, penduduk di kawasan terbabit harus berkerjasama dalam merancang pembangunan untuk memajukan kawasan terbabit.

“Penduduk perlu fokus kepada apa yang ada di tempat sendiri. Di Sungai Sebedil, saya melihat kawasan ini berpotensi dalam dua perkara iaitu penanaman padi dan penternakan udang segar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Randau Pemansang di Rumah Thomas Paulus, Sungai Sebedil, hari ini.

Katanya, penduduk boleh memulakan skim padi dengan kaedah baharu seperti menanam padi menggunakan polibeg, yang mana satu polibeg dapat menghasilkan 250 gram beras.

“Kalau 1,000 polibeg, kita dapat menghasilkan lebih 200 kilogram beras yang mencukupi untuk kegunaan sekeluarga.

“Kawasan Sungai Sebedil yang terletak di tepi Batang Igan juga mampu menjadi kawasan penternakan udang air tawar utama di Sarawak,” katanya.

Beliau memberitahu, semua itu boleh dirancang melalui parti politik dan seterusnya dibawa ke peringkat yang lebih tinggi untuk sokongan dan bantuan.

“Kita di sini sudah ada Jawatankuasa Pembangunan Kawasan (ADC) yang boleh membawa semua cadangan ini ke peringkat atasan.

“Kita perlu rancang dari bawah ke atas. Jika kita tidak merancang dari sekarang, kita akan terus ketinggalan,” kata beliau.

Beliau juga memohon agensi pelaksana serta agensi kerajaan memberikan kerjasama kepada penduduk untuk sama-sama membangunkan kawasan Sungai Sebedil.

“Walaupun wakil rakyat, ketua masyarakat dan ketua kaum telah bekerja keras, namun jika agensi pelaksana tidak melaksanakan atau tidak dilaksanakan dengan baik atau mengikut spesifikasi yang ditetapkan, semua tidak akan berjaya,” katanya lagi.

Turut hadir, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Romeo Christopher Tegong, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau, Temenggong Stanley Geramong, Penghulu Dennis Ansam, Penghulu William Kanyan Juntan serta yang lain.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: TYT teruskan kunjungan pada Syawal keenam
Next: ADUN Mulu pantau pembinaan dua rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.