Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan keperluan ringankan beban penduduk kurang berkemampuan
  • Selatan
  • WILAYAH

Sumbangan keperluan ringankan beban penduduk kurang berkemampuan

Utusan Sarawak 1 month ago
KONGSI REZEKI… Alfian Abu Bakar semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di Kampung Lemanak, Simanggang, hari ini.

SIMANGGANG: Prihatin dengan penduduk yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang dijangka disambut esok, Komuniti MADANI Kampung Lemanak tampil menyampaikan sumbangan kepada golongan tersebut, hari ini.

Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Lemanak, Alfian Abu Bakar berkata sumbangan yang disampaikan berupa air minuman, kuih-muih dan keperluan lain merupakan sebagai persiapan penerima menyambut Aidilfitri.

“Inisiatif yang ditampilkan oleh Komuniti MADANI Kampung Lemanak ini menjadi simbol usaha menyantuni golongan kurang berkemampuan agar turut merasai kegembiraan menyambut Syawal.

“Walaupun sumbangan yang disampaikan itu tidak seberapa, namun ia diharapkan dapat meringankan beban golongan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Alfian menjelaskan inisiatif tersebut juga diharapkan menjadi pemangkin kepada organisasi lain untuk menyantuni penduduk yang kurang bernasib baik dalam mengharungi kehidupan dan ekonomi yang semakin mencabar.

“Insya-Allah program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi meringankan beban mereka yang memerlukan, khususnya menjelang musim perayaan,” jelasnya.

Turut serta, Setiausaha Komuniti MADANI Abdul Manan Abdul Latip dan ahli jawatankuasa Komuniti MADANI Kampung Lemanak.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pasukan Cak Tom B kekal juara kali kedua berturut-turut ‘lombak colop’
Next: Mangsa terjatuh bot ekspres masih gagal ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.