Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan, jasa IPD Lawas dihargai
  • Utara
  • WILAYAH

Sumbangan, jasa IPD Lawas dihargai

Utusan Sarawak 2 months ago
SIMBOLIK… Dato Henry Sum Agong serta yang lain memotong kek sempena simbolik perasmian Perhimpunan Hari Polis ke-218 di IPD Lawas, hari ini.

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan seluruh penduduk Lawas sangat menghargai jasa serta sumbangan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas, kata Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong.

Selaku wakil rakyat, Henry Sum memberitahu dia telah melihat sendiri peningkatan dalam perkhidmatan IPD Lawas dalam usaha memerangi dadah dan lain-lain aktiviti jenayah di sini.

“Saya melihat sendiri usaha dan pembaharuan IPD Lawas pimpinan DSP Liong Tindan, yang sedaya upaya membanteras aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah dan kes-kes jenayah lain yang boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman awam di Lawas,” katanya pada Perhimpunan Hari Polis ke-218 di IPD Lawas hari ini.

Beliau turut menggesa masyarakat Lawas untuk bersama-sama memikul tanggungjawab membanteras jenayah di Lawas dengan membantu melaporkan aktiviti jenayah di kawasan mereka.

Pada majlis tersebut, Henry Sum turut menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar kepada Badan Kebajikan Islam Polis Lawas, Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Lawas dan Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Lawas.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok serta ketua-ketua jabatan kerajaan yang lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hargai, sanjung jasa pahlawan
Next: 10 NGO kawasan Sarikei terima cek peruntukan MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.