Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sumbang 100 juta dos kepada negara miskin
  • GLOBAL

Sumbang 100 juta dos kepada negara miskin

Utusan Sarawak 4 years ago

Canada's Prime Minister Justin Trudeau attends a plenary session during the G7 summit in Carbis Bay, Cornwall on June 13, 2021. (Photo by PHIL NOBLE / POOL / AFP)

JUSTIN Trudeau bercakap pada sidang media di Tregenna Castle susulan Sidang Kemuncak G7 di St Ives, Cornwall, England. • Foto AFP

KANADA: PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Ahad negaranya akan menyumbang sehingga 100 juta bekalan vaksin kepada negara-negara miskin.

Ia merupakan diambil negara itu dalam membantu membendung penularan pandemik Covid-19.

Malah, jelasnya, Kanada adalah antara empat negara yang memenuhi garis panduan yang ditetapkan ‘ACT mechanism’ dalam mengedarkan vaksin secara global.

“Untuk terus mengekang Covid-19 di merata tempat, kita perlu membendungnya di semua tempat. Itu apa yang kita fahami sejak bermulanya pandemik.

“Oleh sebab itu Kanada setakat ini telah menyumbang ASD2.5 bilion untuk menangani krisis ini secara global.

“Kita adalah satu daripada hanya empat negara yang sudah membuat pembayaran kepada ACT yang menyokong usaha memastikan akses global kepada bekalan vaksin, ujian dan rawatan Covid-19.

“Tetapi, pandemik ini masih belum berakhir. Jadi, menerusi G7, kita bangkit sekali lagi. Hari ini, G7 mengumumkan komitmen kolektif kami untuk berkongsi lebih 2 bilion dos kepada dunia, dengan sumbangan dari Kanada sebanyak 100 juta dos,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada sesi penutup Sidang Kemuncak G7 di St Ives, Cornwall, England.

Terdahulu, pemimpin-pemimpin negara G7 berjanji untuk memberikan lebih satu bilion dos vaksin Covid-19 untuk seluruh dunia, sama ada secara langsung atau melalui pembiayaan kepada COVAX.

Ini termasuk 100 juta dos dari United Kingdom seperti mana diumumkan Perdana Menteri Boris Johnson.-AFP

Continue Reading

Previous: Negara G7 digesa sumbang dana
Next: Yangon bergolak lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.