Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sukan, permainan tradisional penting pelihara warisan
  • Utara
  • WILAYAH

Sukan, permainan tradisional penting pelihara warisan

Utusan Sarawak 3 weeks ago

GIMIK…Johnny Pang Leong Ming menyempurnakan gimik perasmian Program Karnival Sukan dan Permainan Tradisional Peringkat Bahagian Bintulu 2025 di Dewan Suarah Bintulu, semalam.

BINTULU: Program sukan dan permainan tradisional bukan sahaja platform beriadah, malah berperanan penting dalam memelihara budaya dan warisan tempatan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Menurutnya, permainan tradisional merupakan cerminan identiti masyarakat yang perlu terus diperkenalkan kepada generasi muda agar tidak pupus ditelan zaman.

“Program seperti ini bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga menghubungkan kita dengan akar budaya yang membentuk jati diri masyarakat,” katanya semasa berucap pada majlis Perasmian Program Karnival Sukan dan Permainan Tradisional Peringkat Bahagian Bintulu 2025 di Dewan Suarah Bintulu, semalam.

Beliau turut memuji semangat perpaduan masyarakat Bintulu yang sentiasa berganding bahu menjayakan program kemasyarakatan seperti itu.

“Selain mengeratkan hubungan antara penduduk, program ini turut membantu membentuk masyarakat yang sihat, berdaya saing dan berbudaya tinggi,” tambahnya.

Johnny Pang turut menzahirkan komitmennya untuk terus menyokong penganjuran aktiviti berbentuk komuniti, selari dengan matlamat menjadikan Bintulu sebagai contoh komuniti progresif yang menghargai nilai budaya.

“Saya percaya dengan kerjasama erat antara penganjur, agensi berkaitan dan masyarakat setempat, kita mampu membina komuniti yang kuat dan bersatu,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Mantar Gawai 2025 SDNU Meradong serlah semangat kekitaan, budaya
Next: Anak muda Sarawak digalak calonkan diri sertai Anugerah TOYM 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.