Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUJANA perkukuh nilai kepimpinan, tanggungjawab sosial pelajar
  • WILAYAH

SUJANA perkukuh nilai kepimpinan, tanggungjawab sosial pelajar

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PELAJAR SMK Bintulu semasa menyertai aktiviti yang diadakan pada Program SUJANA di SMK Bintulu, baru-baru ini.

BINTULU: Nilai kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar sekolah diperkukuh menerusi Program Born to Be a Leader (SUJANA) yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu di sini, baru-baru ini.

Program tersebut merupakan kolaborasi antara Kelab Penyayang Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kelab Penyayang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan pihak sekolah, yang melibatkan penyertaan pelajar yang terdiri daripada pengawas serta pemimpin pelajar SMK Bintulu.

Menurut kenyataan UPMKB, pelaksanaan SUJANA bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam aspek kepimpinan berkesan, pengurusan tanggungjawab dan pembentukan jati diri sebagai pemimpin berwawasan.

Sebagai persediaan, fasilitator UMS dan UPMKB telah mengikuti sesi Training of Trainer (ToT) yang dijalankan di kampus UPMKB bagi memperkukuh keyakinan dan komunikasi sebelum mengendalikan aktiviti utama bersama pelajar.

AHLI Kelab Penyayang UPMKB dan UMS merakam gambar bersama pelajar semasa Program SUJANA di SMK Bintulu, baru-baru ini. 

Kemuncak program melibatkan pelbagai modul pembangunan diri yang disampaikan oleh fasilitator kepada pelajar, selain aktiviti sukarelawan menceriakan kawasan sekolah yang terjejas akibat banjir.

Program seumpama diharapkan dapat diteruskan sebagai usaha menyemai semangat kepimpinan dan kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kejadian tanah runtuh belakang bangunan kedai
Next: MDLBS dibarisi gabungan ahli berpengalaman, bersemangat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.