Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SUF 2.0 perkasa pembangunan bandar mampan di Kuching
  • TEMPATAN

SUF 2.0 perkasa pembangunan bandar mampan di Kuching

Utusan Sarawak 8 hours ago

DATUK Abdul Rahman Junaidi bersama Datuk Hilmy Othman pada sidang media Forum Bandar Sarawak (SUF) 2.0. Foto UKAS.

KUCHING: Forum Bandar Sarawak (SUF) 2.0 akan kembali dianjurkan pada 24 hingga 27 Oktober depan di Pusat Acara Hikmah Exchange dengan sasaran menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Agama), Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, forum anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara itu mengangkat tema Bandar Bersedia Menghadapi Masa Depan: Membina Masa Depan Berdaya Tahan – Bekerjasama, Menyesuaikan Diri dan Berkembang Maju.

Menurut beliau, penganjuran kali ini memberi tumpuan kepada kepentingan kerjasama strategik, keupayaan menyesuaikan diri serta daya tahan dalam membentuk bandar masa depan yang mampan dan inklusif.

Katanya, SUF 2.0 akan menghimpunkan pembuat dasar, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pengajian tinggi serta pemain industri bagi membincangkan pelbagai cabaran urbanisasi dan perubahan global termasuk perubahan iklim.

DATUK Abdul Rahman Junaidi menunjukkan bahan promosi Forum Bandar Sarawak (SUF) 2.0 selepas sidang media di Kuching, hari ini. Turut kelihatan Datuk Hilmy Othman dan Ramzi Abdillah. Foto UKAS

“Forum ini turut menjadi platform untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam pembangunan bandar,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara pengisian utama forum ialah pameran inovasi yang melibatkan kira-kira 20 pempamer daripada agensi kerajaan dan sektor swasta.

Selain itu, forum tersebut akan menyaksikan pelancaran Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Kuching hasil kerjasama DBKU dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Turut diperkenalkan ialah tiga projek strategik iaitu Unity Park, Bamboo Garden di Dewan Suarah Kuching dan Kuching Park Connector yang menyokong agenda bandar rendah karbon serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Dalam pada itu, program Perhimpunan Pemegang Taruh (Stakeholders Assembly) akan diteruskan sebagai platform penglibatan komuniti membabitkan kanak-kanak, belia dan warga emas bagi menyuarakan pandangan dalam pembangunan bandar.

SUF 2.0 turut membuka ruang kepada perusahaan sosial mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing sekali gus menyokong pembangunan ekonomi komuniti.

Turut hadir Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman dan Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah.

Continue Reading

Previous: Jalan Batang Lupar-Batang Lingga dijangka siap pertengahan 2027
Next: Projek gula apong Sungai Rhu sasar pematuhan standard GMP, sedia tembusi pasaran antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.