Suasana penuh emosi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini dipenuhi dengan kepulangan warga Sarawak ke tempat kerja dan kediaman masing-masing di luar negeri selepas menghabiskan cuti Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman.

Suasana di balai berlepas menyaksikan aliran penumpang yang konsisten sejak awal pagi, dengan ramai yang tiba lebih awal bagi mengelak kesesakan serta memastikan urusan daftar masuk berjalan lancar. 

Walaupun keadaan agak sibuk, pengurusan lapangan terbang serta kakitangan syarikat penerbangan dilihat bersiap siaga menguruskan aliran penumpang dengan cekap dan teratur. 

Pergerakan pulang ini secara tidak langsung menandakan berakhirnya musim cuti perayaan Aidilfitri, dengan orang ramai kini kembali ke rutin harian dan tanggungjawab masing-masing, sama ada dalam bidang pekerjaan, pengajian mahupun perniagaan.

Bagi ramai perantau, perayaan Aidilfitri ini bukan sahaja hari kebesaran umat Islam, malah menjadi detik bermakna untuk bersama keluarga dan merehatkan diri daripada kesibukan hidup di perantauan.

Oleh Amanda L. 

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

Empat pasukan mara separuh akhir PSDC 2026

KUCHING: Empat pasukan mara ke peringkat separuh akhir Piala Cabaran Debat Premier Sarawak (Premier of Sarawak Debate Challenge Cup/PSDC) 2026 selepas