Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Suasana ‘luar biasa’ sambut bulan Ramadan
  • TEMPATAN

Suasana ‘luar biasa’ sambut bulan Ramadan

Utusan Sarawak 5 years ago

SIBU: Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Ramadan dalam suasana yang luar biasa berikutan situasi penularan pandemik Covid-19 pada tahun ini.

Yang di-Pertua Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia (PKBM) Negeri Sarawak, Dato Sri Abang Aditajaya Abang Alwi dalam kenyataan medianya semalam berharap agar semua pihak dapat mengharungi ujian ini dengan sabar.

“Memandangkan pada tahun ini kita terpaksa melalui bulan Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa, saya berharap agar semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam membantu pihak berkuasa dengan mematuhi PKP.

“Selain itu, keselamatan diri, keluarga dan kesejahteraan komuniti harus diutamakan,” katanya.

Beliau turut berharap agar petugas di barisan hadapan terus tabah menjalani ibadah berpuasa di dalam suasana dan tatacara kebiasaan baharu bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

“Jadikan ini sebagai ujian bagi kita memperkuatkan iman dan ketakwaan kita.

“Kita seharusnya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini,” ujarnya.

Terdahulu, Aditajaya turut merakam ucapan selamat menyambut bulan Ramadan bagi seluruh umat Islam.

“Ambil peluang ini untuk kita bersama keluarga tersayang di rumah masing-masing.

“Langkah ini sekali gus dapat membantu kita menjaga dan melindungi ahli keluarga daripada dijangkiti penyakit Covid-19,” katanya.

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak dikhuatiri lemas
Next: Penduduk desak buru buaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.