Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Stor runtuh akibat tanah susur di Tebedu
  • KEMALANGAN

Stor runtuh akibat tanah susur di Tebedu

Utusan Sarawak 2 hours ago
PEMANTAUAN tanah susur di hadapan rumah di Kampung Tesu Kura, Tebedu, malam ini. Foto BBP Serian

SERIAN: Stor penyimpanan barang runtuh selepas berlaku kejadian tanah susur di hadapan rumah di Kampung Tesu Kura, Tebedu, malam ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.28 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi pada 9.18 malam dan mendapati kejadian tanah susur berlaku pada jarak kira-kira satu meter di hadapan rumah mangsa. Kejadian tersebut mengakibatkan stor penyimpanan barang runtuh.

“Menurut pemilik rumah, kejadian dipercayai berlaku sekitar 7.00 malam,” katanya dalam satu laporan dikeluarkan hari ini.

PEMANTAUAN tanah susur di hadapan rumah di Kampung Tesu Kura, Tebedu, malam ini. Foto BBP Serian

Mengulas lanjut, hasil penilaian awal pasukan bomba mendapati terdapat rekahan pada parit serta struktur rumah yang berpotensi membahayakan penghuni sekiranya berlaku runtuhan susulan berikutan keadaan cuaca yang masih hujan.

“Pasukan kemudian menasihatkan penghuni rumah supaya berpindah ke tempat lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga.

“Rumah berkenaan didiami empat penghuni terdiri daripada dua lelaki dewasa, perempuan dewasa dan dua kanak-kanak lelaki,” jelasnya.

Maklumat kejadian akan disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai PBK I Rosnani Malong melibatkan tiga anggota menggunakan kenderaan Hilux. 

Turut berada di lokasi ialah pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan (RELA).

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pelajar maut digilis lori selepas motosikal terbabas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.