Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Stor penyimpanan tong gas LPG terbakar
  • KEMALANGAN

Stor penyimpanan tong gas LPG terbakar

Utusan Sarawak 8 months ago

BAHAYA... anggota bomba menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran stor penyimpanan tong gas LPG 50 kg milik salah sebuah hotel di Jalan Lanang 4, Sibu yang terbakar hari ini.

SIBU: Stor penyimpanan tong gas LPG 50 kg milik salah sebuah hotel di Jalan Lanang 4, di sini terbakar hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, setakat ini terdapat 16 tong gas dan masih dalam proses pengesahan jumlah sebenar tong yang terbakar.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral Sibu dihantar ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 1.20 petang.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan dengan mengunakan dua aliran, 200 kaki hos, tiga nozel, pam jentera, air daripada pili bomba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kerja-kerja penyejukan masih dilakukan kerana masih ada kebocoran gas di lokasi dan anggota belum dapat masuk ke dalam stor.

“Kebakaran tiada melibatkan mangsa,” katanya.

Continue Reading

Previous: Rumah sarang burung walit musnah terbakar
Next: Tiga individu berdepan detik cemas, van dinaiki terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.