Stor kebun musnah 100 peratus dalam kebakaran di Rumah Nanga Sat, San Panjang

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN STOR KEBUN… Sebuah stor kebun yang digunakan untuk menyimpan mesin padi dan peralatan pertanian musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Rumah Nanga Sat, San Panjang, Lubok Antu, hari ini. Foto PGO JBPM Sarawak

LUBOK ANTU: Sebuah stor kebun yang digunakan untuk menyimpan mesin padi dan peralatan pertanian musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Rumah Nanga Sat, San Panjang, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.40 tengah hari.

STOR KEBUN MUSNAH… Keadaan stor kebun yang musnah 100 peratus selepas terbakar dalam kejadian di Rumah Nanga Sat, San Panjang, Lubok Antu, hari ini. Foto PGO JBPM Sarawak

Pasukan bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian selepas menempuh perjalanan sejauh enam kilometer.

Setibanya Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lubok Antu di lokasi, sebuah stor kebun berstruktur tidak kekal berukuran 20 x 30 kaki telah terbakar sepenuhnya.

Stor berkenaan digunakan untuk menyimpan mesin padi serta pelbagai peralatan pertanian.

MUSNAH DIJILAT API… Sebuah stor kebun yang menyimpan mesin padi serta peralatan pertanian musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Rumah Nanga Sat, San Panjang, Lubok Antu, hari ini. Foto PGO JBPM Sarawak

PBS Lubok Antu kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 500 kaki dengan satu pancutan, manakala bekalan air diperoleh daripada pili bomba berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal  2.10 petang dan api dipadamkan oleh PBS Lubok Antu sebelum ketibaan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong.

Pasukan BBP Betong kemudiannya menjalankan kerja pemantauan serta mendapatkan maklumat berkaitan kejadian bagi memastikan keadaan di lokasi benar-benar selamat.

OPERASI PEMADAMAN… Anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lubok Antu menjalankan operasi pemadaman kebakaran sebuah stor kebun di Rumah Nanga Sat, San Panjang, Lubok Antu, hari ini. Foto PGO JBPM Sarawak

Seramai 10 anggota BBP Betong terlibat dalam operasi dengan kekuatan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah Toyota Hilux.

PBS Lubok Antu pula menggerakkan empat anggota bersama sebuah Proton Arena bagi membantu operasi berkenaan.

Operasi diketuai PBK I Yusuf Tamin, manakala PPgB Muhammad Badrulamin Mohamad Fodzi bertindak sebagai Komander Operasi Kanan.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu dan operasi ditamatkan sepenuhnya 4.00 petang selepas keadaan disahkan selamat.

Oleh Adi Safarman