Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • STB lancar sampul angpau eksklusif Tahun Baharu Cina
  • Utara
  • WILAYAH

STB lancar sampul angpau eksklusif Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 4 months ago
KAKITANGAN Lembaga Pelancongan Sarawak bergambar bersama sampul angpau Tahun Baharu Cina 2025.

MIRI: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyambut perayaan Tahun Baharu Cina dengan melancarkan sampul angpau edisi terhad sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan budaya dan warisan Sarawak kepada pelancong serta masyarakat tempatan.

Sampul tersebut direka dengan motif ‘Borneo Palm Pit Viper’, sejenis ular endemik yang hanya ditemui di Borneo, terutamanya di Taman Negara Mulu dan Gunung Gading di Sarawak.

LEMBAGA Pelancongan Sarawak memperkenalkan sampul angpau Tahun Baharu Cina 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor berkata, rekaan ini tidak hanya mempamerkan keunikan fauna tempatan, tetapi juga melambangkan ketahanan, keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian etnik Sarawak yang tiada tandingan.

Selain itu, beliau turut menekankan bahawa inisiatif ini adalah bukti komitmen STB yang sudah memasuki tahun ketujuh dalam usaha mempromosikan Bumi Kenyalang.

“Melalui inisiatif yang bermakna ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penduduk tempatan dan pelancong untuk meneroka dan melindungi warisan alam semula jadi Sarawak,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurutnya lagi, sampul angpau eksklusif ini boleh diperoleh mulai 2 Januari 2025 di Pusat Maklumat Pelawat di Kuching, Miri dan Sibu selagi stok masih ada. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Edar kalender, hadiah pada tahun baharu 2025
Next: SUPP gesa ahli terus bersatu padu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.