Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SSPA: Jangan buat pinjaman tambahan sebab naik gaji – CUEPACS
  • NASIONAL

SSPA: Jangan buat pinjaman tambahan sebab naik gaji – CUEPACS

Utusan Sarawak 5 months ago

PUTRAJAYA: Penjawat awam diingatkan agar tidak membuat pinjaman berlebihan atau bertindih yang tidak perlu susulan kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Abdul Rahman Mohd Nordin berkata SSPA seharusnya tidak dijadikan alasan untuk penjawat awam menambah pinjaman, yang akhirnya akan menambah beban kewangan.

“Jika ingin membuat pinjaman, ia seharusnya untuk tujuan yang memberi keuntungan pada masa hadapan, seperti pinjaman perumahan atau pendidikan anak-anak, bukan untuk membeli telefon bimbit dan sebagainya.

“Risikonya, penjawat awam mungkin akan menghadapi masalah kewangan,” katanya pada program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.

Melalui SSPA yang berkuat kuasa pada 1 Dis, pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim ini, akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa. 

Fasa pertama, sebanyak lapan peratus, akan diberikan pada Disember 2024, manakala tujuh peratus lagi pada Fasa 2, Jan 2025.

Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) pula akan menerima pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus, dengan empat peratus bagi Fasa 1 dan tiga peratus bagi Fasa 2.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata pelaksanaan SSPA adalah tepat pada masanya memandangkan gaji penjawat awam sudah hampir 12 tahun tidak disemak, sedangkan kos sara hidup kian meningkat dalam tempoh tersebut.

“Apabila tidak disemak, ditambah dengan keadaan ekonomi semasa, ia membebankan dan mengusarkan penjawat awam kerana kos sara hidup yang tinggi, sehingga sukar untuk mencukupi perbelanjaan harian, termasuk untuk rumah,” katanya.

Ditanya mengenai pandangan CUEPACS berkenaan 1,400 penjawat awam yang memilih untuk tidak menerima opsyen SSPA, beliau berkata perkara itu tidak dapat dielakkan dan CUEPACS menghormati keputusan tersebut.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pakar mata rawat Anwar ketika dipenjara meninggal dunia
Next: Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.